Friday, November 30

terharu

sembang2 petang bersama mummy

mummy : "mera tu sekarang belajar dekat mana?"
aku : "dia belajar dekat UiTM Jengka mummy, ambil sama course dengan kak ngah"
mummy : "ohh"
aku : "kenapa mummy?"
mummy : "tak ada apa, kalau kau betul2 dengan mera tu, mummy doakan yang terbaik untuk kau. jangan buat yang tak tentu pasal dengan anak dara orang, mummy tak suka."
aku : #speechless *dalam hati (thanks mummy) :')

Thursday, November 8

Result Semester 5


berdebar2 jugak nak bukak tadi. bila dah bukak. Alhamdulillah :)

berjaya capai lebih daripada target. Berjaya jugak aku maintain CGPA. even tak dapat ANC. sedih jugak lah. tak apa, nanti nak pinjam selempang PINK tu. haha #MukaTakmalu

terima kasih yang tak terhingga kepada Miss Roslina, Madam Shamparuzaini, Madam Sofiyyah, Madam Asy Syura, Miss Mariam, Miss Marlia and lastly Miss Fariza. ikut turutan kot. tak dilupakan juga KPP FPA Miss Nordiana Ibrahim yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan semua lecturer yang pernah mengajar saya. berbanyak terima kasih diucapkan :)

terima kasih jugak kepada semua budak2 kelas, semua budak2 Fakulti Peladangan & Agrotek, and semua budak2 UiTM NS

so sekarang fokus kepada MUET dan Praktikal. harini balik KP. pheww
wish me luck for MUET.

Congrats kepada semua budak2 UiTM :)

Tuesday, November 6

cuti semester yang pendek

assalamualaikum blog aku. lama tak jenguk kau. harini biarlah aku tolong coretkan something untuk kau. tak tahu bila lagi aku akan update.

so tak ada apa yang baru pun. semua yang lama2 je. cuma masa berlalukan, haruslah muka jadi dah tua sedikit. fikiran jadi matang sedikit. dan yang lain2 lah. okay, where should I start?

final examination maybe?
okay, aku tersangatlah berharap dapat AD and put everything on my last examination (perhaps) for my diploma. tak pernah rasa seserious ni masa jawab soalan final. dan2 je kan. entah lah.sedih untuk 2 sem yang lepas. tak kisah lah, jatuh pointer sem ni, jatuh lah CGPA aku. habis rosaklah result aku yang dah sedia ada rosak tu.
#sigh
harap dapat apa yang aku target ni.

next? MUET
tak payah cerita banyak lah, 23.10.12 haritu dah test speaking. okay je kot. then 10.11.12 ni the rest lah, writing, listening and reading. may Allah ease :')
btw, cantik tarikh tu. haha (10.11.12)

oh ya, 20.10.12 tu aku pergi jumpa gadis sekejap di UiTM Pahang. lama sangat tak jumpa dia. sobs2. dekat 10 bulan rasanya. bawak dia jalan2 cari smartphones dia. berjaya dibeli di kedai yang ke-12. tu pun muka dah putus asa je. hahaha
hurm, penat memang lah penat, tapi penat tu hilang bila tengok muka dia yang sweet2 tu. keh3
mummy cakap, "badan sakit tapi hati mahu"
paham ke? aku paham je. cett

ni macam dekat Mentakab City Mall

love you dear

so apa lagi? kes mahkamah akibat kena saman dengan JPJ haram jadah?
sedih sangat kot kes ni. aku tau benda tu salah, but I've a good explanation about it. you've heard me rite officer whaterver your name is. demm it!!
RM1.2K supposed to be nothing for you. but it do mean a lot for me. sigh
kadang2 terfikir macam ni lah style kerajaan kalau nak kutip duit balik. dah bagi macam2, cara nak kutip pun macam haram jadah. ciss
1 kesalahan untuk RM1200? you got to be kiddin me demm it!!!

lagi seronok masa pergi mahkamah haritu. pegawai JPJ tu cakap macam aku ni anak orang kaya. ada bawak cukup duit tak? katanya
berapa agak2 saman ni encik? tanya aku.
awak sediakanlah dalam RM1200 macam tu.

me : tercengang jelah. rasa nak menangis pun ada. rasa nak penumbuk muka JPJ tu pun ada. haish. dah la, maleh nak cerita. buat sakit hati je beb.

so sepanjang cuti ni aku habiskan masa dirumah sahaja, boss ada panggil kerja, tapi mummy suruh duduk rumah je tolong2 dia. so anak yang patuh dan taat kan. ikot jelah. haha

so aku ada dirikan mini orchid garden untuk orchid2 dekat laman rumah aku tu. ambil masa 1 hari setengah untuk disiapkan. tak cantik mana, tapi puas hati bila dah siap :')

sebelum buat apa2

kayu2 yang aku beli and memang ada dekat rumah

dalam proses pembinaan

tadaaa.. haha

so benda lain yang aku buat ialah signboard untuk gerai dodol mak aku. yang ni senang je :)
mostly guna barang terpakai except untuk kayu 2X2 and spray 2 botol

wording dia

base untuk wording

and dah siap :)

lepasni projek mega sedikit, kena tebang semua pokok pisang dekat kebun belakang. ada lah 1 ekar. kecil je. tapi kau try buat. haha
yang lain2 hold dulu ye mummy. tunggu anak mummy ni cuti lagi panjang lepas habis praktikal insyaAllah :')

owh, jumaat depan depan aku dah pergi untuk 3 bulan. sobs2
ni jelah dulu. banyak sangat dah aku type ni. haha
adios :D

skype dulu :')