Sunday, January 13

real life is real hard. Alhamdulillah ya Allah :')

assalamualaikum WBT
lama dah tak update blog aku ni. nothing much pun. cuma nak cerita pasal status ARYNA FASEHA yang aku terbaca pagi tadi. tiba2 terasa sebak.
terima kasih pada aryna yang bagi aku share status dia dekat blog aku ni :D
so ni lah petikan status dia tu.

"Earlier this evening, kte org pegi Econsave to buy some food stocks. And den while beratur utk byr, ada makcik nih tgh bayar2 barang dia. With RM 1 notes, 50,20 sen coins and even 5 sen coins. Nampak la jenuh cashier tuh mengira. Dan kira2 duit tak cukup. Barang dia just RM 7.70.

Soo i add on a little. Ya Allah, sebak je rasa dalam hati. Yg dibayar pun telur and some other foods.
Tiba2 teringat kte nih senang2 je kluar RM10, RM50 and RM 100 notes. Yang makcik nh mngkn dia kumpul2 dulu baru dpt beli. Niat bukan untuk menunjuk tapi just nak share yg kte patut bersyukur. Sungguh. Alhamdulillah. Bersyukurlah. Terima kasih Allah. Thank you.Semoga makcik tuh dapat makan and beri anak2 makan"


jangan bermegah2 dengan harta kekayaan yang tak seberapa tu. jangan kedekut nak bersedekah. kelak amal jariah kita yang sedikit tu yang membantu kita di alam sana. kita takkan pernah tahu betapa sumbangan kita yang kecil tu mampu meringankan penderitaan orang lain.



susah dan sangat jarang bila orang yang dah selalu hidup senang untuk faham bagaimana menjadi orang yang serba kekurangan ni.

sebab aku pernah merasa bagaimana menjadi sebahagian daripada mereka yang susah tu.
maybe cerita ni akan jadi panjang. tiba2 aku terasa untuk coretkan kisah aku ni, cerita tentang family aku yang tak seberapa berbanding mereka2 yang masuk bersamamu tu. cukup untuk dikenang sepanjang hayat aku sendiri. di blog yang tidak berpengunjung ni :')

so aku nak start daripada arwah ayah aku meninggal semasa umur aku 10 tahun. masa ni lah hidup keluarga aku mula susah. mak aku terpaksa bekerja untuk menampung anak2 dia yang masih bersekolah, di universiti dll. masa ni mak aku buka gerai jagung di tepi jalan. aku pada usia 12 tahun dah pergi bawak jagung, keledek, pelam, sukun, cempedak dll. naik yamaha 80 bawak lah berguni2 dekat belakang motor. agak2 korang 12 tahun tengah buat apa eh?



yamaha 80 tu lebih kurang macam ni lah. blue in colour :')


kedai jagung tu pun lebih kurang macam ni lah.


tapi bila perniagaan ni mula merosot, mak aku dah start kerja kilang di bagan. pukul 4 pagi dah bangun untuk kerja. masa ni aku tingkatan 1 dan 2. sebab aku masuk sekolah waktu petang, pagi2 tu aku tolong lah mak sampai pukul 10. setiap hari. mungkin budak2 lain tengah tidur waktu tu. 1 hari mak aku mungkin dapat RM18-RM25. petang mak aku buat kuih hantar ke warung2. pagi2 subuh balik kerja sekejap, goreng kuih dan aku hantar ke warung2 tu. tuhan je tahu betapa susah nak cari duit masa tu.


kadang2 1 hari RM2 je boleh digunakan untuk belanja barang dapur, beli2 sayur. ayam? tunggu 1 bulan baru boleh makan. sebab kena tunggu gaji. sekarang tiap2 hari dah boleh makan. takde hal :')


nak cerita sekarang senang je orang boleh belanjakan duit tu. untuk baju, seluar, jam tangan. zaman2 dulu tak ada benda2 tu. susah


sampai satu tahap mak aku terpaksa gadaikan emas dia. sedih, sebab nak beli baju sekolah and buku untuk anak2 dia. sigh


so masa aku dah start tingkatan 1 sampai sekarang, macam2 kerja yang aku buat untuk tolong mak aku.

supaya aku tak terlalu bergantung pada duit mak aku masa persekolahan. part time waktu sekolah bukan benda yang senang. tak ramai yang perlu lalui semua tu. apa je kerja yang aku dah buat? tak payah nak listkan. banyak sangat.

aku ingat start aku form 4 baru senang sikit. masa ni aku kerja buat apam dekat pasar. 1 jam dapat RM5. dengan duit tu aku pasangkan astro dekat rumah, sebab mak aku complaint asyik bosan je dekat rumah. dengan duit gaji aku tu aku bayarkan astro family pack sebulan RM37.50 

then lepas form 5 baru rasa senang sebab mak aku dah ada bisnes dodol. alhamdulillah hidup family aku mula berubah. tapi aku still kerja. jadi mekanik. sampai sekarang.

adik beradik aku ada 7 orang, 4 orang termasuk aku berjaya ke universiti, 1 orang di kolej, 2 orang adik aku masih di sekolah menengah. mudah untuk cuba memahami tapi takkan pernah sebenar2 memahami selagi kau tidak berada di posisi yang sama.



tak ada cerita apa pun. cuma rasa sedih. Allah maha mengetahui, aku bersyukur sebab dengan rasa susah tu aku jadi seperti aku sekarang. jangan pernah menghina orang yang miskin. sebab kau takkan tahu bila masa kau akan jadi miskin.

budak2 muda sekarang terlalu dimanjakan dengan duit, tak pernah merasa bagaimana susah untuk cari duit2 tu. kalaulah korang paham. sigh


hargai setiap duit yang korang belanjakan. even memang duit korang, or actually family punya ke. tak kisahlah. kalau ada orang susah tu, jangan teragak2 nak tolong sekiranya mampu.
so untuk mummy. tunggu bila saya dah kerja, dah senang. insyaAllah mummy lagi senang. so wait for me :')
kalau arwah daddy hidup lagi. mesti dia gembira anak2 dia ramai masuk U. al-Fatihah
so hargai mereka yang masih ada sahabat.

p/s : bercampur baur dah apa yang aku merepek dalam blog ni. sebelum lagi banyak, baik aku noktahkan disini. 



terima kasih mummy. love you :')

5 comments:

  1. entry yg cukup wat hati kecil ku tersentuh n menangis... stdy elok2 k.. hope apa yg shah inginkan tercapai.. :'(

    ReplyDelete
  2. you're so nice. terharu saya baca kisah awk

    ReplyDelete