Thursday, February 21

I miss you dad :'(

1:22 pagi. selesai baca surah yasin untuk arwah daddy.
tiba2 masa maghrib tadi aku terasa sayu je hati ni, rasa sebak je. rupanya hari ini khamis malam jumaat. terima kasih ya Allah ingatkan hamba Mu ini :')

sebak baca yasin tadi, mengalir air mata, even tulis ni pun rasa sedih bila tulis sambil dengar lagu kertas - penantian.

bulan dengarkan lantunku, bintang temanilah aku,
terangi gelap malamku,
aku ingin engkau tahu..

...untuk menahan resah hati lelahku, yang selalu,
rindukan tawamu dalam hatiku, hanya dirimu,
beri malamku yang menghiasi jiwa, yang rapuh,
terlalu merindumu...

hakikatnya, dah hampir 11 tahun daddy tinggalkan aku. kami. maghrib tadi tiba2 sebak teringat arwah daddy. sangat sebak.
lagi sebak bila teringat malam terakhir daddy sebelum meninggal, aku yang jaga dia dekat hospital.
masa tu aku baru darjah 4, budak yang naif, belum kenal erti kehidupan ini.
even tak rasa pelik arwah tinggalkan pesan untuk aku malam tu. "jaga mummy elok2 nanti, jangan bergaduh adik beradik"
malam tu daddy bagi tidur dekat sebelah dia, di katil yang sama. aku tak perasan apa2 pun.

esoknya aku pergi sekolah macam biasa, pukul 10 tu aku perasan jantung aku berdenyut kuat sedikit, rasa tak sedap hati. tapi aku teruskan sesi persekolahan macam biasa, bergurau senda dengan kawan2 sekolah aku.

tapi, pukul 1 tu bila balik rumah, aku tengok ada ramai orang dekat rumah. cepat2 aku balik. lagi pelik bila makcik2 & pakcik2 aku ada dekat rumah. dah ramai saudara2 aku. masa tu barulah aku tahu.
baru aku tahu apa perasaan cerita dalam tv bila orang berkumpul2 dekat rumah. sigh

1 hari tu aku macam blur, ikut je apa orang sekeliling aku suruh buat. aku betul2 lost.

sampai aku form 4 baru aku noticed apa maksud arwah, "jaga mummy elok2 nanti" 
masa ni aku seorang je anak lelaki mummy yang paling besar dekat rumah. adik beradik lain semua belajar jauh2. adik2 semua sekolah rendah. 

kesian aku lambat faham semua ni. sigh

daddy mesti dapat tengok kan  anak2 daddy dah besar2 semuanya sekarang dari sana. along, kak ngah, ayie, ayoi semua dah kerja and dah kahwin. semua dapat masuk U. alhamdulillah :')
kalaulah daddy hidup lagi :')

seronok tengok orang lain still ada ayah. kadang2 kesian tengok orang2 yang ada ayah tu, tapi still complaint macam2 pasal ayah mereka. tak pernah hargai mereka yang masih ada. sedih, sebak

aku hanya ada mummy sekarang. umur mummy pun dah masuk 52 tahun. tak berani dah nak lawan cakap mummy. even sedikit. setiap kali mummy call aku akan cuba buat mummy ketawa. happykan mummy selalu. sebab aku takkan pernah tahu, bila Allah akan tarik nikmat itu. sedih cakap macam ni. janganlah masuk habuk wahai mata :(

I miss you. both of you

satu2nya gambar arwah yang masih berada dalam keadaan yang baik dalam wallet aku.

good night.

No comments:

Post a Comment