Thursday, March 28

anak emas dan anak silver mummy

aku selalu gurau2 dengan mummy pasal anak emas mummy. bila2 kadang2 aku rasa mummy macam menyebelahi anak2 dia yang lain, aku akan bangkitkan perkara ni. hahaha

mummy : "shah, kau pergi kemas laman rumah tu"
aku : "ikmal tu dari tadi takde buat apa2, kenapa mummy tak suruh dia?"
mummy : "ikmal tu penat main bola tadi kau pergi buat jelah"
aku : "mummy macam tulah, ikmal tu kan anak emas mummy, saya ni anak silver memang selalu diketepikan"
mummy : *gelak & senyum je.

situasi petang ni..

mummy : "cuba kau pergi siram pokok bunga tu, lepas tu kaut dodol dalam kawah tu"
aku : "ikmal tu dari pagi main bola, petang pun main bola, kenapa mummy tak nak suruh dia? main je yang dia tau"
mummy : "biarlah dia nak main, dia tak susahkan kau pun, dia penat dah tu"
aku : "oo, dia penat main, saya dari pagi buat kerja dekat rumah tak penat lah? mummy macam ni lah. dia lah anak emas, saya ni anak gangsa, jangan anak besi tak pun besi buruk je"
mummy : *gelak "mummy tak pernah beza2kan anak mummy, sama je semuanya"

haha. tak ada apa pun. saja je nak bagi mummy gelak2. mungkin aku just nak tengok mummy senyum, ketawa sebanyak mungkin. aku ni dah la jarang ada dekat rumah. at the end aku buat jugak kerja2 tu.
i love you mummy :')