Friday, May 31

R.I.P Experia Live

alahai, sedihnya lah HP hilang lagi. baru cakap nak upgrade ke SIII terus dia hilang :(
mungkin Allah nak duga kita. bersangka baiklah.
aku masih teringat lagi muka budak MELAYU tu. nampak baik2 je. tak sangka
ni kali ke 3 aku hilang HP. aku admit, memang salah aku sendiri. cuai sangat. sangat. sigh

2006
ni memang salah aku, sebab masa ni nak pergi cc. then tinggal dalam moto.

2008
ni salah aku jugak sebab bawak HP ke sekolah. kene curi masa aku tinggal dalam bag masa training hand ball. sigh

2013
ni semalam. time basuh kereta kena curi dekat car wash. alahai

entahlah. malang tu tidak boleh di hidu. kalau boleh senangnya lah manusia. benda yang hilang, hilanglah. tapi apa yang aku kesalkan orang yang ambil tu.
 
orang kata nak ungkit balik cerita lama tak elok, tapi aku still nak cerita. just ambil pengajaran daripada cerita ni.
 
cerita ni benar di malam jumaat. baru balik dari masjid baca yassin. 
tengah aku bawak motor tu aku perasan HP dekat tengah jalan. motorolla jenama dia. aku agak2 dengan teknologi hp tu pada zaman tu. kalau aku jual dapatlah rm200-rm300 kot.
aku belek2 HP tu, dah mati. mungkin sebab terjatuh sebab tu dia mati. then aku on kan lah. aku check2 no telefon dia. then aku perasan ada no "angah"
di pendekkan cerita, aku call lah balik no tu then tanya tuan HP ni. dia cakap owner HP tu adalah orang yang jual sayur dekat kampung. so aku terus jelah hantar dekat owner dia tu.
aku cakap, "abang, ni HP abang eh?"
guess what?  dia reply apa dekat aku?
"oh, HP saya"

that's it. itu sahaja. dalam hati aku. mana TERIMA KASIH abang? tapi tak terluah. so aku blah jela.

sedih, aku tak pinta wang ringgit sebagai balasan. cukup lah TERIMA KASIH tu. alahai abang.

aku pulangkan dengan harapan, kalau2 HP aku ditemui dalam keadaan begitu, akan ada orang yang mulia hatinya untuk memulangkan kepada aku. 

tapi akhirnya sahabat, kita sebagai manusia haruslah tetap berbuat baik. biar apa pun yang dah terjadi kepada kita. biar apa orang buat kat kita, jangan kita buat benda yang sama.
kalau kita buat jugak, apa beza kita dengan mereka. mungkin ada lagi insan2 diluar sana yang masih bersih hatinya untuk bersikap jujur. doaku.

kita ada peluang untuk pulangkan, tapi bila hati kita dah tetap untuk curi. tiada apalah yang boleh dilakukan lagi.

apapun, benda yang dah terjadi, tetap dah terjadi. aku redha jelah.
hanya satu pesanan terakhirku sahabat2.
 
-apa yang anda ingin buat bila jumpa HP dimana2?
-apa yang anda akan buat bila jumpa duit dimana2?

apa hukumnya mengambil sesuatu yang bukan hak kita?
 
ALLAH Maha Mengetahui sahabat2 ku yang budiman.
 
Assalamaualaikum :)


No comments:

Post a Comment